Program ini akan diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur pada 28 Feb - 1 Mac 2009. Peserta terhad kepada 12 orang sahaja, yuran juga RM 50.00 sahaja.
Modul yang akan dibincangkan: 1. Mengenali Diri 2. Mencontohi Kepimpinan Nabi S.A.W 3. Perbandingan MLM Syariah dan Konvensional
dan banyak lagi aktiviti menarik yang akan dipaparkan.
Buat pertama kalinya kami membuka satu lembaran baru buat Usahawan Muslim.
Nadi Al Amin ditubuhkan oleh dua orang pengasas: 1. Murad bin Abu Bakar @ Ayob - Mentor 2. Md Nizam bin Yusop - Penggerak
Murad Abu Bakar atau lebih dikenali Cikgu Murad bekas guru yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (UM) sedang giat membangunkan sebuah perniagaan Islam yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Beliau sedang melanjutkan pengajian ke Ijazah Lanjutan dalam bidang Ekonomi Islam. Sejurus itu beliau merancang beberapa program yang ingin dikongsi bersama untuk memperkukuhkan empayar perniagaan serta ekonomi Ummah.
Bagi saudara/saudari yang berminat untuk bersama-sama dalam perjuangan ini kami sediakan beberapa program yang boleh membantu sesama sendiri InsyALLAH