Wednesday, March 25, 2009

T- Shirt


Setiap peserta dibekalkan t-shirt, bagi muslimin lengan pendek (warna merah) dan muslimat lengan panjang (warna kuning)

Berminat untuk dapatkan t-shirt kami pun boleh harga menarik:

Lengan pendek : RM 26
Lengan panjang: RM 29

Program PBC Pertama Nadi Al Amin

Pada 21-22 Mac 09 Nadi Al Amin telah mengadakan PBC yang pertama di Lembah Azwen Resort Bt 14 Hulu Langat Selangor.

Peserta dapat sehelai t-shirt

PBC akan datang pada 18-19 April 09, sila daftar segera dengan deposit RM 50. Yuran penyertaan RM 150, pendaftaran boleh berhubung dengan :

1. Ckg Murad 012 3033230
2. Md Nizam 019 6407640

Sunday, March 15, 2009

INTERAKSI NADI AL-AMIN DI UKM

Tanggal 14hb Mac yang lalu, Interaksi pertama HPA di bawah Nadi Al-Amin telah di adakan di UKM, bertempat di bilik 510 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Walaupun kehadiran tidaklah begitu memberangsangkan, iaitu seramai 9 orang, namun ia di berjalan dengan lancar. Pengisian disampaikan oleh Herbalis Md Nizam bin Yusop, penggerak Nadi Al-Amin.

Usaha ini merupakan titik mula memperkenalkan produk Halalan Thoyyiba kepada mahasiswa-mahasiswi UKM. InsyaAllah, dari kuantiti yang sedikit ini, akan berkembang pada masa akan datang.

Di antara pengisian dalam prgram ini ialah :
1. Membahaskan Isu Halal dan Haram
2. Memperkenalkan Syarikat HPA
3. Teknik Diagnosis Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan
4. Soal Jawab Mengenai Penyakit dan Halal Haram

InsyaAllah, program ini akan menjadi program bulanan Nadi Al-Amin UKM dalam usaha memperkenalkan produk halal di samping menerapkan rasa cinta terhadap pembangunan umat Islam di kalangan ahli.

Nadi Al-Amin UKM digerakkan oleh Saudara Zainul Ariff, dan di bantu oleh beberapa orang rakan. Fokus utama di samping memperkenalkan produk halal, juga memperkenalkan peluang kepada mahasiswa memperoleh pendapatan yang berasaskan perniagaan. Mudah-mudahan setiap mahasiswa yang keluar dari UKM tidak rungsing memikirkan masalah pengagguran, bahkan mereka mempunyai altenatif mata pencarian. Tambahan pula, dalam kemelesetan ekonomi dunia hari ini...

Wallahu a'lam....




Antara gambar semasa program berlangsung.





















Antara mereka yang hadir. Muka-maka bakal penggerak.






















Muslimat yang pemalu.





















En. Md Nizam Yusop, begitu tekun membuat persediaan.



***Sebarang pertanyaan kepada penggerak Nadi Al-Amin UKM, Sila Hubungi Saudara Zainul Ariff (019-3759091)